the WORLD of JaseMario

Travel, Places, Living, People, Event, Music, Movies, Ideas, Opinions, Perspectives... ahh... It's just a Lifestyle!!!

Thursday, April 12, 2007

'Killer Album' Dah Kuar... Satu Dalam Seribu

Akhirnya setalah lama menunggu.... semenjak Mawi pulang dari Mauritius November tahun lalu lagi, barulah ia muncul minggu ini. Itupun dengarnya hari Isnin dah mula masuk pasaran tapi bila saya pergi Tower Records KLCC asyik tak ada saja. Nasib baik hari ni dah ada...:) PUAS !!!
Komen saya.... tengok covernya saja kita tahu album ini di buat untuk penyanyi yang 'World Class'. 'Font' yang digunakan untuk cover & booklet cantik sekali dan begitu menggamit, gambar-gambar Mawi yang digunakan untuk front cover, back cover dan booklet semuanya cantik, berkualiti dan ceria.... (Eh... Mawi pakai baju kaler OREN, warna kegemaran saya !!!).
Jumlah lagu ada 10 buah (baru puas dengar); termasuk lagu tema filem Persona Non Grata (Hanya Untukmu - yang di rakam semula). Lagu ini juga telah memenangi Lagu Filem Paling Popular tahun lalu. Lagu 'Ujian Buatmu - Sehebat Yang Ada', juga ada. Lagu ini adalah lagu tema iklan M-Mobile (jangan tak percaya; saya memiliki CD single lagu ini meskipun saya tidak memiliki HP M-Mobile itu.
Saya beli CD ini masa waktu makan tengah hari tadi, sekarang jam menunjukkan pukul 4.19 petang, dah 4 kali CD ini berulang tanpa jemu. Lagu yang World? Yang mana satu? Dah kata pun killer album..... semua rasanya !!! Akan tetapi, saya suka akan Lagu 'Mungkin Langitmu Lebih Biru', 'Angan dan Sedar', 'InsyaAllah', 'Demi Dia' & 'Satu Dalam Seribu'.
Tak sabar untuk berjumpa Mawi... nak mintak dia sign CD ni !!! Eh.... beli jangan tak beli, tapi bak pasanan Mawi - Belilah Album Yang Original Barulah World'

Monday, April 09, 2007

Hmmm... AF5; Siapa Yang Saya Sokong?

Ramai juga rakan-rakan yang mengenali saya bertanyakan siapakah yang saya sokong dalam AF Musim Kelima ini. Sebenarnya malu juga nak saya nyatakan. Ye... Lah, setelah saya buat statement maut - "AFundi saya berakhir; setelah Mawi menjuarai AF3". Nanti kena samanlah kalau saya start AFundi lagik.... :)
Mungkin AFundi saya telah berakhir dua tahun lalu, tetapi sokongan saya terhadap AF memang tidak pernah pudar. Caranya sahaja yang berbeza. Ye... Lah.... beratur membeli tiket konsert AF saban minggu (kat Tower Records KLCC) juga sebenar juga satu sokongan yang besar terhadap AF. Bukan cuma menjerit dalam dewan, saya juga membawa banner/poster, tanda sokongan padu. Di tambah dengan cuba mencari peluang terbaik agar poster/banner saya muncul di TV !!! Tak cukup dengan itu, saya juga aktif dalam forum di www.astro.com.my/akademi_fantasia. Cuma AFundi saja yang saya tak lalukan sejak dua tahun lalu.
Hmm.... Yang mampu saya katakan setelah 4 minggu 'berkonsert', di mana pilihan saya tidak berubah sejak pelajar diperkenalkan di minggu pertama lagi.... Saya ingin melihat Aswad, Heliza, Rizal, Dekna dan Ebi beraksi di pentas FINAL !!!
Di sini saya senaraikan TAG LINE para pelajar AF5 sebagai rujukan :
(01) Dafi - Baik Punya !!!
(02) Fatin - Ada Style... Lah
(03) Aizat - Kasi Gegark !!!
(04) Aswad - Line Clear
(05) Dekna - Wow... Wow... Wow... Meghrelit
(06) Noni - Psst.... Muah
(07) Ebi - Relax (mungkin akan bertukar jadi Kasi Up Sikit)
(08) Rizal - Sik Caya Kah ?
(09) Shawal - A Go Go (Kenapalah tak Posto !!! Posto !!!)
(10) Afiq - Caya Beb (Terlalu clichelah)
(11) Candy - Meow !
(12) Heliza - Bereh...
(13) Mila - What's Up, What's Up Check It Out
(14) Farha - Mantap Tu Joe (Siapa Joe tu Farha???)
(15) Diya - Cak !!!

Wednesday, April 04, 2007

PETRONAS PREMIUM MOMENTS (02)

Lihatlah betapa khusyuknya Tompi mendengdangkan lagu-lagu berirama jazz. Ada juga lagu popular yang di dendangkan, antaranya lagu Stevie Wonder rasanya... apa ntah... Sign, Sealed....??? lupa lah pulak. Lagu-lagu dari album beliau pun bayak juga di dendangkan. Penguasaan pentas dan interaksi dengan penonton pun BEST. Tompi siap panggil penonton naik ke pentas lagik....


Namanya pun dapat back stage pass.... kalau tak pergi belakang pentas dan bergambar.... tak gunalah kan...kan...kan.... tapi sebenarnya gak sukar juga nak pergi belakang pentas ni sebab 'they way they arrange the whole thing' begitu complicated.... Eh lupa pulak.... saya jumpa ditdot @ Kak Aida masa dok busy menonton Tompi punya persembahan...:)



Paula Malai Ali.... satu nama besar dlam bidang pengacaraan.... habis Nick & Robert di korek rahsianya.... Hmm.... satu interview yang menarik dan begitu menghiburkan. Syabas Paula... Syabas juga pada Robert dan Nick yang begitu sporting menjawab soalan-soalan maut daripada Paula. Robert Kubica yang nampak macam tua tu lahir pada 7 Dec 1984 di Karkow Poland. Sekarangpun beliau masih menetap di sana. Robert pernah memenangi tempat pertama dalam World Series by Renault dalam tahun 2005. Nak info lebih lanjut click sini. Nick Heidfeld pula lahir pada 10 May 1977 di Monchengladbach, Germany. Sekarang beliau menetap di Stafa, Switzerland. Dalam F1 musim 2006, Nick berada di tempat kesembilan bagi kategori pemandu. Nak info lanjut? Click sini.


Tuesday, April 03, 2007

PETRONAS PREMIUM MOMENTS (01)

Pertama sekali, rasanya saya kena bagi ucapan BIG, BIGGER & BIGGEST THANX to my friend yang keje ngan penganjur program ini kerana berjaya dapatkan saya Backstage Pass ni at the very last minute. Dapatler jugak saya akhirnya masuk 'kandang' dalam kawasan Councourse Suria KLCC dan menyaksikan persembahan dari Tompi & interview Paula Malai Ali dengan kedua-dua 'driver' BMW sauber dari dekat tengah hari tadi dan snap gambar-gambar apa-apa yang patut !!!

Ini Nick Hiedfeld... dia punya personaliti dah berubah sama sekali... ingat lagi pertama kali saya berjumpa dengan beliau dalam 5 or 6 years ago di PRSS Bangi... hmmm macam budak-budak lagi. Rambut pun panjang sikit. Clean shave... sekarang ni dah berjambang dan nampak dewasa giler. Saya saja jer mintak dia tulis nama saya kat poskad tuh... Ahaks... dah kebetulan duduk dalam 'kandang' tuh... suruh ler dia sign. Walaupun kalau nak diikutkan, saya ni bukannya die hard fan F1 ni.... (jangan cakap orang, ok).



Ini pemandu baru BMW Sauber, eh... last season dia ni pemandu ujian rasanya. Hari tuu... masa Robert gi Japan, kompeni lak tak hantar saya. Tak dapatlah saya bertemu beliau. Jadi kali ni bila dia dah datang menyerah diri di KLCC; saya ambik peluang ler jumpa dia. Nak bergambar memang ler susah (walaupun tak kisah sangat sebenarnya)... kawalan pun boleh tahan ketatnya. Bila dia sign poskad ni... saya suruh jer dia write my name... ahaks.



YES !!!! Tompi or Dr Tompi sign CD saya !!! Sempat lagi saya bergegas gi Tower Records jumpa Akmal cari dan beli CD ni (nasib baik murah/sebab edaran Maestro kan)... Akmal pulak dah macam tahu-tahu saja saya memang tengah carik CD ni nak kejar Tompi (dah boleh baca dak ni). Best ke Tompi ni? Kalau tengok persembahan dia pagi tadi; live kat Suria tuh - memang POWER giler. Tapi bagi yang tak minat jazz langsung memang tak suka lah kot. But I like his voice and his songs. Dalam album ni pun banyak lagu yang mesra telinga... especially kalau dengar time tengah jam or macet !!!! Eh.... sempat tak saya bergambar ngan Tompi. SEMPAT jawabnya.... Tapi tak leh nak upload lagik... my lap top ada problem nak detact SD Card lah pulak. Nantilah dalam bahagian kedua nanti... ok



Saturday, March 17, 2007

VMY 2007 - The Carnival, Sg Petani (003/2007)

Dihadapan Pintu masuk The Carnival - Angah, Lisa , saya & Arie.
Bungee Jumping.... Best ni !!!

Lihatlah betapa kreatifnya..... Sangkar ayam lagi !!!

Fountain of Fun
Saya dan Arie... bergambar kenang2an dalam The Carnival !!!


Bila cuti Tahun Baru Cina tiba, kita yang tidak menyambutnya pun turut sama bergembira. Sebabnya sudah tentulah kerana kita juga akan mendapat cuti yang panjang. Tambahan pula tahun ini, jika dicampur dengan ‘off day’, ‘rest day’ dan ‘in-lieu’; 5 hari jadinya.

Saya mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Selain daripada berjumpa ayah bonda dan menghadiri kenduri Suhana – Mizan, saya juga mengambil peluang ini untuk merehatkan minda di The Carnival, Sungai Petani bersama Lisa, Angah dan Arie. The Carnival ini merupakan satu-satunya ‘water theme park’ di utara Semenanjung Malaysia (Kedah – Perlis – Pulau Pinang). Ia baru dibuka sebenarnya, iaitu 29 Disember 2006 yang lalau dan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah.

Berbekalkan moto ‘Water & Land of Excitement’, The Carnival menawarkan banyak tarikan yang mempersonakan. Antara yang saya dan Arie (ini kerana Angah dan Lisa lebih selesa ‘menjamu mata sahaja’) ialah Water Coaster yang merupakan ‘waterslide’ which trill its riders by shooting us up to a 10-meter wall ascent at a 60-degree angle and bringing us back down to high speeds. Boleh tahan juga ngerinya. Sementara Wild River pula ialah a 140-meter open waterslide with twist and turns bermula dari menara setinggi 15 meter dan tamat jauh ke dalam kolam.

Sementara di River of Adventure pula, kami menyeberangi sungai buatan sepantang 300 meter dengan mengguna ‘tube float’. Boleh lepak, releks dan tenangkan fikiran. Lama jugak kami pusing-pusing dalam sungai ni. Di dalam River of Adventure ini juga, ada ombak buatan setiap sepuluh minit selama 10 minit juga. Jadi dapatlah kami bermain-main ala-ala surfing !!! Ini yang best ni....!!!

Ada juga Carnival Curves, Family Bungee dan Inflammable wall climbing yang saya tak sempat nak cuba.

Ada kafe yang menghidangkan makanan yang enak dan murah harganya, ada surau juga untuk solat, loker untuk menyimpan barang, shower dan bilik mandi. Ada juru gambar yang akan mengambil candid gambar para pengunjung. (Gambar boleh di beli di kedai gambar di dalam taman tema ini) Dan untuk bergambar kenang-kenangan bolehlah bergambar di Fountain of Fun, sambil bermain air... Ahaks !!!

Nak beli souvenir? Ada Carnival Gift (official merchandise with The Carnival Logo) dan Gallery of Happenings.

Bayaran masuk? RM 20.00 seorang dan tiada tiket, tetapi kita akan dibekalkan sebuah jam tangan untuk scan di pintu masuk.


Friday, March 16, 2007

Beza RM 50 dengan RM 1

Pagi tadi saya ada rerima e-mail dari seorang kawan. Lebih kurang begini bunyinya :

" Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:

"Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?"

Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M'sian Idol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau... ".


Lantas sayapun terdiam dan berfikir sejenak....

Monday, March 12, 2007

Ingin Miliki Album Realiti?


Album Realiti ini memang menarik. Ia menarik kerana menghimpunkan penyanyi yang lahir dari program realiti tanpa membataskan dari program mana mereka dilahirkan. Lantaran itu, maka dapatlah kita mendengar lagu-lagu dari Alif OIAM, Nabil Mentor, E'onE Mentor, Pija Mentor, Dina MI, Victor MI, Bob AF2, Zehra Zamri MI dan juga Shiha Prelude AF3. Ada dua lagu bonus dari E-Jarn (bekas ahli Kumpulan Adam semasa di KK (apatah nama kumpulan itu???) dan juga 'boyfriend' Leez prelude AF4 ??? - betul ker?) dan Affan (yang ini saya tidak tahu dari mana dia datang).
Antara lagu-lagu yang menarik ialah Adikku Pandai Menari (Alif OIAM). Versi Alif memang segar, tambahan pula ada 'part' yang ala-ala rap oleh Yanie (Mentor???). Menurut ceritanya, Alif cuma lahir 8 tahun setelah lagu ini dirakamkan buat pertama kali oleh Aman Shah. E'onE pula tampil dengan lagu Kau Ilhamku (penyanyi asal Man Bai). Saya pernah dengar E'onE menyanyikan lagu ini secara 'live' di Liga Futsal HotFM. Okay juga versi beliau. Apa yang pasti.... mestilah lebih RnB. ...Dan Nabil pula tampil dengan dua lagu.... Hati Ini (My No 2 song for 2006) dan lagu baru Hey, Emma! (juga ciptaan Nabil, yang berlainan sungguh dari Hati Ini. Lagu yang sedar dan 'very up-t0-date'. Can I have your myspace? Obses betul Nabil dengan Emma Thompson !!! Lagi satu... walaupun saya bukan remaja lagi, seronok pulak tengok Nabil jadi pengaraca program Remaja TV3 (setiap Sabtu, 1 ptg). Gelabah giler tengok Nabil masa first time on air secara live as pengacara from Jom Heboh Kuantan last Saturday. Apa-apapun Nabil memang ada potensi besar untuk maju sebagai pengacara.
Lagu lain yang malar segar lain yang ada dalam album ini ialah Cinta Seorang Teman (Bob AF2) dan Cinta Datang Lagi (Dina MI). Lagu Bonus Track - Lufkustik dari E-Jarn (apa maknanya perkataan ini???) juga menarik.
Ingin memiliki album ini dengan harga istimewa dan juga ditandatangani secara peribadi oleh Alif OIAM. e-mel saya di jasemario@gmail.com dan sertakan nama, no telefon & alamat anda. Saya akan hubungi anda kemudian untuk tindakan seterusnya. Ooopppsss lupa pula, cuma RM 20.00 untuk sekeping CD. Murahkan?

Alif OIAM di Tasik Perdana

Semalam, Ahad - 11 Mac 2007 bertempat di Panggung Anniversary Taman Tasik Perdana telah berlangsung Persembahan Hiburan Rakyat - Senandung Budaya anjuran DBKL & Papita. Persembahan mingguan ini sebenarnya mempunyai tiga lokasi yang bertukar ganti di sekitar bandaraya. Selain Tasik Perdana, Tasik Titiwangsa & Tasik Permaisuri adalah dua lokasi yang dimaksudkan. Persembahan dimulakan seawal 4.45 petang dan berlarutan sehingga jam 6.30 petang.

Saya dan Lisa sempat singgah semalam di Tasik Perdana untuk menyaksikan persembahan percuma ini setelah menonton 300 di Amcorp Mall sebelumnya. Antara artis yang membuat persembahan ialah Alif OIAM, Ayu Mentor2, BardR1 dan Jinbara. Pengacara majlisnya pula ialah seorang DJ KLfm yang saya terlupa namanya.

Alif telah menyampaikan lagu Khayal (dengan 'happening' sekali, Ain't No Other Girl (tidak kurang hebatnya - sebenarnya saya menunggu Alif nyanyi lagu "Una Noche" tuh), Kaulah Segalanya (power betul penghayatan Alif untuk lagu ini, patut juga Alif pertimbangkan lagu balada untuk albumnya nanti) & Adikku Pandai Menari (yang juga disertai oleh 3 peminat cilik - tapi yang sorang tu... macam kenal saja). Persemabahn Alif memang 'lively', penguasaan pentas ynag baik dan menghiburkan. Cuma komunikasi dengan pengacara dan penonton masih perlu dipertingkatkan. Persembahan Alif memang nampak 'gah' terutama setelah persembahan Ayu sebelumnya agak hambar. Penonton mula memberi 'respons' yang menggalakkan terutama setelah Alif turun dari pentas ke tempat duduk.

Yang ralatnya, saya tidak sempat juga berjumpa dengan geng Alif yang lain, yang ada cuma Aida @ Ditdot, Abang Satar, Kak Fiza dan adik-adik Alif. Tambahan pula saya meninggalkan Tasik Perdana semasa Bard R1 membuat persembahan kerana kami (saya dan Lisa) ada agenda lain di Jalan Conlay. Harapan saya agar ramai lagi Geng Alif yang akan turut serta jika ada persembahan percuma da pentas terbuka !!!



Tuesday, March 06, 2007

Yang Ditunggu Dah Tiba...!!!


Kaer tandatangan CD ini semasa saya bertemu beliau di promosi SURIA.fm di Berjaya Times Square 4/3/2007. Bagi saya album Kaer Azami - Menjelma ini telah dibuat dengan begitu teliti dan 'worth waiting'. Urban memang urban. Dalam masa yang sama lagu 'mushy-mushy ballad' yang tekandung juga tidak kurang hebatnya. Harganya cuma RM29.90 dengan 11 buah lagu, berbaloi dan memang berbaloi. Antara lagu yang telah berjaya menggongcang jiwa saya ialah - Menjelma (muzik, melodi dan lirik sering), Izinkan KuPergi (mendayu giler, kalau rasa sedang dengar kat radio atau CD... tunggu sehingga boleh dengar versi 'live' dari kaer, lagi power !!!), Ku Tak Ingin Bebas dan Kau Telefon Lagi juga urban, moden, catchy dan lirik begitu segar. Terselit juga sebuah lagu bahsa Inggeris Mama Said, juga enak di dengar. Terimbau seketika saya tika mendengar kembali lagu Kembali Bersama, terimbau nostalgia ketika Final AF2 - dah tiga tahun berlalu rupanya.
Akhir kata, album ini mesti masuk dalam senarai Top 10 album melayu saya bagi tahun 2007. Tak percaya? dapatkan segera dan nilai sendiri.

Monday, March 05, 2007

Promosi SURIA.fm di Times Square

SURIA.fm? Pernah dengar? 105.3 fm frekuensinya. Secara ikhlas saya memang tidak pernah mendengar siaran radio ini. Selalunya saluran yang menjadi pilihan saya ialah ERA.fm, HOT.fm, IKIM.fm, HITZ.fm, MIX.fm dan kadang-kadang KlasikNasional dan Muzik.fm. Jadi apa yang sebenarnya membawa saya ke Berjaya Times Square pada 4hb Mac 2007 yang lalu untuk menyaksikan promo Suria.fm? Jawabannya mudah sahaja Mawi turut serta dalam promosi tersebut !!! Selain Mawi; Kaer juga ada... Ya... lagu izinkan Ku Pergi dan Menjelma memang BEST !!!
Sampai agak lewat, kira-kira jam 3.30 petang dengan Cute dan Fauzan. Dah jam 4.30 barulah Mus sms yang dia tidak dapat hadir. Namun begitu tidaklah ralat sangat kerana Mawi sudah tentu akan muncul di akhir-akhir acara. Ramai juga artis yang membuat persembahan seperti Betty Benafe, Gee, Erra, Anuar Zain, Amy Search dll. Yang saya ralat ialah kerana tidak berjaya mendapatkan t-shirt oren SURIA.fm kerana saya tidak memakai baju berwarna oren hari ini... saya cuma berjaya mendapat pen sahaja setelah mengisi soal selidik....:)
Promosi berakhir lebih kurang jam 6.00 petang. Namun saya masih harus menunggu untuk menyebok dalam program Bowling bersama Faizal AF4 yang cuma akan bermula selepas maghrib.

Thursday, March 01, 2007

1 Mac 2007

00.03 hrs
SMS from Lisa - "It's official. 1st March! HAPPY BIRTHDAY.."
Petang tadi (5.45 pm, 28/02/2007), saya menonton Puaka Tebing Biru dengan Lisa. Ada dua pilihan sebenarnya... Fahrin @ Rocky... Lisa pilih Fahrin... ahaks. Kemudian kami dinner kat Struddle.... sekali sekala.... Teh Tarik Vanilla lagik !!! Haa.... tahun ini Lisa hadiahkan saya Pen Parker dan buku 'Eyewitness Travel Guides - Turkey', entah bila kami akan ke sana...:)

00.35 hrs
Terima SMS from my lil'bro Halim yang bekerja kat Saudi. Kat Mekah dia sekarang ni... jelesnya... "Happy besday tuan=> semoga ceria, sejahtera, diberkati sentiasa" Tersenyum saya sendirian, last sekali jumpa Halim November lepas, semasa dia pulang ke KB. Kebetulan saya juga ke KB melancong... Halim bawa saya ke Masjid Tertua di Malaysia - Masjid Kampung Laut dan Pantai Tok Bali.

01.03 hrs
SMS masuk from Mus "my partner in crime" - "Happy birthday yg ke 63". Saya baru nak tidur, baru lepas tengok American Idol. 63? Nyanyuk per si Mus ni...:) Tapi dia janji nak belanja saya 02/03/07.... saya tunggu...

07.33 hrs
"Selamat Ulang Tahun" - Ringkas saja dari Angah. Saya sedang bergegas ke KLCC untuk mengambil laptop, kemudian perlu segera ke Melaka - ada meeting !!!. Apalah hadiah dari Angah tahun ini?

15.05 hrs
SMS dari Along, "Happy birthday!" Picture message sebenarnya.... dengan pix cake...

18.59 hrs
"Happy birthday Paksu!" Dari anak saudara 'mat saleh celup' saya Adam. Ini mesti Along yang bagi tahu nii...

20.57 hrs
SMS baru masuk semasa dalam perjalan pulang dari Melaka "Lupa lak nak wish epi besday kat ko.. hehe..Slmt panjang umur.." Dari Cute rupanya. Thank You Cute sebab banjer kat Silarasa... Nasib baik boleh nengok SCS sampai abis...

21.02 pm
"Did you get my mms? Happy birthday" MMS? Alamak... semenjak HP saya kena reformat, dah tak boleh send/receive MMS laa.... BTW, Thank You Oza.

21.12 hrs
Satu-satunya sms daripada champ saya dari Tekad Pahang - Fatin, "aslm abg jef, hepi besday, hepi besday 2 u.. celebrate gan kak **** eh..Oo.. kte tau kte tau..hehe.." Perasan nak jadi CSI laa si Fatin nii...

23.32 hrs
Last but not least... This sms from my best friend; Ajeem yang based kat Kuantan - "Wa sori la dude. Slmat semoga pnjng umur dan sejahtera. Wo aku dah beli megazine hai ooo ada la aku tengok gmbr ko. Wa bkn main dude. So mana celebrate.
Bila Hari Ulang Tahun Kelahiran tiba.... umur kita meningkat lagi. Hmm.... Tapi kan umur cuma satu angka??? Tapi kita perlu akur untuk berubah untuk menjadi lebih baik dari semalam...

Monday, February 26, 2007

VMY 2007 : Perancis di Malaysia "Colmar Tropicale" (002/2007)

Sudah lama sebenarnya saya berkeinginan untuk melawat Bukit Tinggi. Selama ini gambaran Colmar Tropicale cuma mampu dilihat di dalam majalah dan akhbar sahaja. Tidak ada kesempatan sebenarnya. Lantaran ABPBH 2006 berlangsung di Genting pada 5 Februari 2007 yang lalu, maka saya mengambil kesempatan untuk mengajak Lisa, Mus dan Cute untuk 'melencong' ke Bukit Tinggi. Ternyata, rancangan kami tidak sia-sia.

Bermula jam 9.00 am saya keluar dari 'pertapaan saya' di Puncak Jalil. Kemudian singgah mengambil Cute di Kinrara-Puchong. Tiba di rumah Mus di Taman Midah, Cheras lebih kurang jam 9.45 pagi. Akhir sekali tiba di rumah Lisa di Ampang Jaya pada jam 10.15 pagi. Nasib baik trafik agak baik. Jadi kami sebenarnya masih 'on time'.

Kami tiba di Bukit Tinggi lebih kurang jam 11.00 pagi. Bersiar- siar sambil mengambil gambar di sekitar Colmar Tropicale. Ketika kami sampai pertunjukan kebudayaan sedang hangat berlangsung. Ketika itu 3 pasang penari "Portugis" tengah asyik menarik tarian mereka. Pemandangan sekitar Colmar Tropicale amat indah sekali. Selesai menjamu mata, mengambil gambar dan 'window shopping' di Colmar Tropicale , kami menaiki tram ke Japanese Garden dan juga Rumah Teh Jepun yang pertama seumpamanya di Hutan Hujan Tropika dan juga Botanical Garden. Saya sempat membeli mug Japanese Garden untuk menambah koleksi mug saya. Lebih kurang jam 1.30 petang kami turun dari Bukit Tinggi untuk menikmati makan tengahari di Genting Sempah sebelum meneruskan perjalanan ke Genting Highlands untuk menyaksikan ABHBH 2006 pada sebelah malamnya.

Yuran masuk ke Bukit Tinggi ialah RM16 seorang (merangkumi semua lokasi di atas termasuk taman arnab). Untuk mereka yang tidak tahu, Colmar juga adalah nama sebuah Bandar di Perancis. Kiranya Bukit Tinggi – Colmar lebih kurang seperti Bandar Berkembarlah… Jadi, jika ada kesempatan mengapa tidak ke sana sahaja, tak gitu?

Sunday, February 25, 2007

KSRP Walk Hunt 2007


Saya sebenarnya tengah menonton Gang Starz... boleh tahanlah juga dengan rancangan realiti terbaru TV3 ini, ketika ini kumpulan First Edition tengah menyanyikan lagu Bye, Bye, Bye. Kali ini rasanya saya akan 'update' 'story' yang masih panas. (Tapi tentunya saya menunggu AF5 kan... kan... kan..)

Hari ini, Ahad 25 Februari 2007 saya kena bangun awal. Mana tidaknya, bagi KSRP Walk Hunt 2007 ini acara bermula seawal 7.30 pagi. Tetapi hakikatnya saya terlewat bangun!!! Subuh dinasour hari ini, nasib baik jalan agak lengang - saya selamat tiba di lokasi jam 7.50 pagi. Nasib baik Amiza & Naz (rakan sepasukan) telah sampai. Naz pun lambat jugak. Amiza telah mendaftar, mengambil t-shirt dan sarapan untuk kami. Sedang makan-makan, kami bersetuju dengan prinsip utama, jika hendak menang... "Jangan Bergaduh" macam siapa tuh, pemenang TARA.

Nama kumpulan kami agak menarik.... "TEKAD Bukit Pantai". Sebenarnya kami bertiga terlibat sebagai 'Coach' untuk program TEKAD dan dalam masa yang sama juga menjadi Fasilitator untuk Program Bakti Pendidikan di Sek Keb Bukit Pantai, Bangsar.

Acara bermula tepat jam 8.30 pagi. Kami perlu menamatkan Sesi pertama iaitu menjawab soalan, mencari harta karun dan menyelesaikan Misi sebelum 12.30 untuk tidak ditolak markah. Pencarian bermula di simpang Jln Ampang/Jln Yap Kwan Seng dan berakhir di simpang Jln P.Ramlee/Jln Ampang. Penat jugalah berjalan. Pengalaman yang menarik, selain daripada 'exercise' banyak juga pemandangan baru sebenarnya. Ada soalan susah... ada soalan senang. Antara yang menarik.... What does Blair and Pele have in common on this road? Jawabannya, "No 10, Jalan Sultan Ismail". Kami menyerahkan borang sesi pertama sebagai peserta ke-empat terpantas dengan 5 kesalahan (1 daripada 'treasure kami juga salah, tapi Misi pertama lami membeli 6 barang dengan harga RM8.88 - tepat dengan sekali pembelian). Seterusnya, kami bermula baik untuk Misi kedua dengan menjadi peserta pertama menyiapkan lirik dan menyanyikan lagu Gong Xi Fa Chai. Misi ketiga, paling mencabar iaitu mencari 5 lelaki dan 5 wanita untuk mengukur berat mereka di hadapan Lobi Menara 1.
Meskipun kami menjadi kumpulan pertama yang menyerahkan borang jawaban.... memandangkan ini bukan "Race", kami akhirnya akur dengan mendapat tenpat keenam keseluruhan. Hey... not bad for first timer walk hunter !!!
Hadiahnya.... Hmm..... Voucer petrol RM50 yang dikongsi bertiga.... dan makan semua makanan yang kami beli sebagai "treasure"; ahaks !!! OK Naz, Miza.... Next time kita masuk lagi.

Saturday, February 24, 2007

Corat-Coret Anugerah Bintang Popular Bintang Harian 2006

Alhamdulillah, sekali lagi tahun ini saya dapat menonton secara live ABPBH 2006 di Arena of Stars, Genting Highlands pada 4 Februari 2007 yang baru lalu. Kali ini saya datang bersama Lisa, Cute dan Mus. Terima Kasih kepada sahabat-sahabat saya dari Berita Harian, Hijjaz Records (Muaz), Rabbani (Asri Ubai) dan Akhbar 'the Alpha' kerana telah sudi memanjangkan bukan sahaja kad jemputan majlis anugerah tetapi juga jemputan ke 'post party'.

Untuk Nish... selamat tenung lama-lama gambar Mawi tuh... :))) Kalau nak 'copy'pun saya benarkan... ahaks.

Secara keseluruhan saya lebih teruja dengan Majlis dan 'post party' tahun lalu. Ada banyak kenangan yang masih bermain di ruang fikiran seperti persembahan Kak Nita, Persembahan Diva Porpular, Ukiran Ais Batu di Post Party, terlepas bergambar dengan Mawi, jumpa Mujahid 'last minute', banyaknya makanan di 'post party' dan bayak lagi...

Untuk tahun ini.... tentunya kegagalan tahun lalu berbayar bila bukan sahaja dapat bergambar dengan Mawi, malah sempat menyakat dan sembang lagi dengan beliau. Dapat juga jumpa Siti setelah berkahwin, tengok gigi Ina Naim yang telah dicantikkan dan lagi satu... tak sangka gambar saya, Cute, Haziq dan Farhan yang di ambil oleh Abg Jep Iran (Utusan Malaysia) masuk dalam HAI !!!

Itu saja... insyaAllah, panjang umur... Jumpa lagi di Genting, 2008 !!!

p/s : untuk Bro Fadzli... TQVM kerana sanggup beli HAI setelah mendapat sms aku !!!

Tuesday, February 20, 2007

VMY 2007 - Legenda Langkawi (001/2007)

13 -14 Januari 2007 yang lalu, saya, Lisa, Miza & Has telah sempat menyahut seruan Kerajaan Malaysia dengan turut menjayakan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 dengan terbang ke Pulau Legenda Mahsuri, Langkawi. Penerbangan dari LCCT-KLIA mengambil masa lebih kurang 55 minit untuk mendarat di LGK.

Kami menginap di Grand Motel, sebuah chalet budget yang berdiri megah di antara pusat-pusat peranginan ternama di Pantai Chenang. Kali terakhir saya berkunjung ke Langkawi ialah pada September 2005. Jadi kunjungan kali ini ialah untuk berkunjung ke tempat yang masih belum sempat dikunjungi ketika itu. Has dan Miza bertekad untuk naik Langkawi Cable Car, Lisa (dan Has juga) teringin sangat hendak mandi di Tasik Dayang Bunting. Saya secara peribadi ingin berkunjung ke Galeri Ibrahim Hussein. Selain dari itu kami juga singgah ke Dataran Helang, Taman Lagenda Langkawi, Air Terjun Durian Perangin, Awana Porto Malai, Langkawi Falls, Pulau Beras Basah dll. Untuk acara shopping pula sudah tentu Kedai Hj Ismail & Idaman Suri menjadi acara wajib.

Banyak kenangan manis yang berlaku. Ada yang seperti tidak masuk akal. Antaranya, kunci kereta yang kami sewa hamper patah yang memaksa kami untuk tunggu hampir 45 minit untuk mendapatkan kunci simpanan. Taman Legenda Langkawi memang menarik – tambahan pula sekarang ini tiada yuran masuk dikenakan. Malangnya ia tidak dijaga rapi. Meskipun begitu, melihat mega merah di ufuk barat memang indah sekali. Susah juga kami mencari jalan untuk ke Gua Landak, tibanya di sana tiada pula “guide’ untuk membawa kami. Kami Cuma di sapa oleh seorang Auntie Minah Saleh yang fasih berbahasa Melayu. Siapakah beliau? Entah lah... Langkawi Falls juga mengalami kisah sedih, bayangkan setelah beratus ribu (rasanyalah)dihabiskan untuk membina air terjun buatan tersebut, akhirnya ia bagaikan projek gajah putih yang terbengkalai begitu sahaja. Tapi hati kami terpaut kesedihan memandangkan Air Terjun Temurun yang kering kontang !!!

Tetapi, sebenarnya Langkawi memang pulau yang indah. Tambahan lagi apabila tarikh kami ke sana tidak bertembung dengan muism cuti sekolah mahupun LIMA dimana pulau akan menjadi sesak dengan pelancong. Jadi mudahlah untuk bergerak kesana kemari.
Apa lagi, surf internet, masuk website Air Asia, tempah tiket dan terbang ke Pulau Legenda ini !!!

Monday, February 19, 2007

Di Hari Bahagia Suhana & Nazmizan...


Antara Hantaran-hantarannya...

Sempat juga kami 'berposing' dengan pengantin...

Saya dan Lisa sempat berkunjung ke Majlis Perkhawinan Suhana (Wartawan Utusan Malaysia) dengan Nazmizan (bekas Atlit Kebangsaan) di Taman Muhibbah, Alor Star pada 18 Februari 2007 yang lalu. Kenduri ini di sebelah Suhana, kenduri di sebelah Mizan akan di adakan di Terengganu pada 24 Februari 2007 ini. Majlis ini bertemakan ‘Maroon – Putih’ (Majlis sebelah Mizan tentunya bertemakan ‘lavender’, berdasarkan kepada warna hantaran yang dihantar. Hantaran Mizan digubah di dalam bekas rotan, sementara hantaran balas dari pihak Suhana digubah di dalam kulit kerang. Kalau hendak mengetahu secara terperinci, kenalah baca surat khabar kan…

Lisa pula terperanjat bila melihat Banner Majlis Perkahwinan mereka yang sememangnya telah menjadi trend di Kedah. Bilik pengantin mereka juga menambat hati Lisa… apatah lagi ia berwarna putih. Selain dari lauk pengantin, ada DJ berceloteh, Teh Tarik & Ais Kacang Korner pun ada !!! Hebat kan…

Suhana merupakan kenalan saya, saya dikenalkan kepada Suhana oleh bekas jiran saya Abang Bond (gelilah pulak panggil si Din ni Abang Bond, tapi itulah yang mereka gelarkan dia di pejabat. Din juga bertugas dengan Utusan, sekarang ini telah berpindah ke Prai). Saya dan Suhana selalu bertukar-tukar pendapat/maklumat terutama berkenaan Mawi Worldlah, siapa lagi… kerana ketika itu, Suhana juga mengikuti perkembangan Juara AF3 tersebut. Sehingga kini saya pun belum pasti samada Suhana masih menyokong Mawi atau tidak. Akhir-akhir ini, Suhana menjadi pakar rujuk saya sebelum saya juga mengikat tali pertunangan.

Nazmizan pula, saya kira beliau baru mengenali saya setalah beliau bertunang dengan Suhana. Semasa saya mengikut Alif OIAM menyertai Liga Futsal Hot.fm di Stadium Juara Bukit Kiara, Suhana juga hadir untuk menyokong Mizan yang menjadi salah seorang selebriti jemputan bagi acara tersebut. Saya kurang pasti Mizan bermain untuk team DJ mana. Tetapi, saya sebenarnya pernah nampak kelibat Mizan semasa saya bekerja di Bangi, sudah tentunya ketika itu Mizan sedang dalam sesi latihan atlit Malaysia di Pusat Latihan Maybank, Bangi.

Aha... Teringat pula saya pernah menyakat Suhana dengan mengatakan Kolum Mizan di dalam akhbar Kosmo (Trek dan Balapan) itu di tulis oleh Suhana (bukannya Mizan), mati-matian Suhana mengatakan ia di tulis sendiri oleh Mizan... ahaks.

Okay.... untuk Suhana dan Mizan, saya tujukan lagu.... Berdua Lebih Baik dari Filem Heart !!!